Ikhlas ke?

Mereka kata, Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.
Ikhlas itu, Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu, Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya, Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Ikhlas itu milik Allah,

Firman Allah,
                    'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku,
                     Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
                     kasihi.'
 (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepada-NYA

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang
gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di
dalam hati kamu.” 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

Hati-hati menjaga hati:)

korang tetap di ingatan ku

assalamualaikum pembuka bicara
tamat dah riwayat aku sebagai pelajar kat Kolej Komuniti Selayang,
sekarang ni aku terbongkang kat umah mencari hala tuju..
mengharapkan duit mak bapak pulak..sabar eh ayah dan ibu..
anakmu ini nak merehatkan otak kejap..
=)
as a  EX-student at Selayang Community College,
aku takkan lupa peristiwa - peristiwa yang berlaku dari permulaan semester sampai habis,
banyak kenangan yang tak dapat dilupakan sepanjang aku kat kolej tu..
dari kenangan manis sampai lah ke pahit masam kelat masin..sume ade
kenangan sume ni aku kongsi bersama teman - teman serumah,
kerana mereka lah yang aku rasa selesa walaupun pernah ade konflik..
kite orang dah macam adik beradik, dari umur yang tua sampai la yang muda..
aku sayang mereka sebab semuanya sifat membantu kawan, takde yang pentingkan diri sendiri
dorang lah sahabat aku kat kolej, sahabat aku kat umah sewa dan sahabat aku sepanjang semester
weh korang! aku sayang korang sampai bila2!! 
harap - harap kita jumpa lagi jika berkesempatan..
minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..
halalkan makan minum aku, halalkan ape yang aku terambil..kalau ade hutang, tuntut lah kat aku
maaf sangat2 masa kat bukit bintang aritu aku tak salam korang..
sebab aku rushing time tu..pape pun, selamat maju kehadapan..
moga korang suma jadi insan yang terbaik !
ada masa nanti kita jumpa lagi =')

ni lah dia teman aku tak kira dimana pasti bersama! sayang korang sahabat!
Atas (dari kiri) ::  Ronie, Pali, Adie, Eman, aku, haikal
Bawah (dari kiri) :: Black, Tomok, Geb, Aboy