Salam setia, salam bicara..
izin aku mengatur cerita...
gundah menimpa badai melanda
pedih hati teringat topik dulu kala,
namun kekuatanku tak mudah tua..
cuma menjadikan ia semangat membara...
Assalam pembuka kata...cuma disini ingin menulis kisah lama, suatu cerita yang takkan aku lupa sampai bila - bila, bila dikenang pedih hati merana...setiap hari diriku dihimpit kecewa, walaupun sebelum ini pernah aku meminta maaf, namun aku sndri takleh terima.. aku terfikir, mengapa aku buat sesuatu yang gila? mengapa aku menuding jari kpd kau sebagai mangsanya? sedangkan kau tak tau apa - apa, dan aku la penyebabnya..aku terikut dgn hasutan rakan sebaya, aku mencari jalan cuba untuk berjauhan di awal tahun itu...tahun sudah kau selesa berbicara, bercerita dengan aku..kau seronok meluahkan segalanya...kau tak cari orang lain..tapi aku?
aku mencuba sedaya upaya untuk berjauhan dengan kau..aku tak dpt kawal perasaan, aku tak pandai mencari jalan untuk memilih kedua-duanya...kawan - kawan aku mendesak, kau pula makin aku rindu..keliru waktu itu, aku menemui jalan buntu...aku tak bertindak..aku takut, takut sgt nak bagitau kau yg mereka tak suka aku rapat dgn kau..aku tau itu akan membuat kau terasa, jadi...langkah mudah aku hanya berdiam diri sehingga tamat zaman persekolahan...tahun akhir di sekolah itu...ada pertukaran kelas, kau dpt kelas yg di hadapan dan aku tetap dlm kelas yg sama..waktu itu lah peluang tuk aku berjauhan dgn kau..sepanjang bulan tahun akhir di sekolah tu aku sentiasa rasa bersalah, kau pelik dengan perubahan aku..kau lakukan mcm-mcm cara untuk bertanyakan apa yg terjadi..aku tetap menjauhkan diri..
sampai satu hari, kau meminta teman sebilikku menanyakan apa masalah yg aku hadapi, aku tak jwb soalan kau malah aku melontarkan kata-kata yg membuat kau sedih teramat..keesokkan harinya teman bilik aku bagitau yg kau sgt sedih dlm kelas..aku dah buat kau menangis tanpa kau tau sebabnya...aku tau kau tak dpt terima apa yg aku lontarkan, kau hanya dpt mendiamkan diri tanpa memberi sebarang maklum balas...sejak perkara itu kau mula berjauhan dariku, dah tak bertanya khabar lagi tentang diriku..waktu itu aku sunyi sgt-sgt...aku terasa yg aku takde siapa2 lagi...aku kesal, kesal sgt-sgt tapi aku ego, aku pura-pura yg aku dah bahagia dgn kwn-kwn aku...walhal....tiap kali lalu di depan kelas kau, aku amat la terasa diri aku ni umpama semut kecil...aku lemah tiap kali ke sekolah...aku tau kau dah wat yg terbaik utk aku...tapi sume tu dah berlalu, kisah lepas hanyalah sejarah yang takkan berulang kembali...
aku sangat kesal dgn perbuatan tu..dan sekarang ni aku akan cuba belajar dari kesilapan yg telah aku lakukan...dan aku nak kau tau sejak kita rapat waktu kita mula-mula berada di ting.4 dulu, aku dah mula sygkan kau, aku dah mula cintakan kau...tapi apakan daya...waktu itu mempunyai undang-undang HARAM yg dibuat senior...takde sape boleh melawan senior, dan senior tu pula sukakan kau...aku hampa sgt tak dpt bagitau kau dari awal yang aku cintakan kau...aku pendam perasaan itu sehingga lah kita lost contact...tamat alam persekolahan, hampir setahun aku tak dpt mencari kau kat mana, sudahlah enset hilang waktu tu, aku taktau cmne nak hubungi kau...aku bertanya pada kwn-kwn kelas sesape yg ade nombor kau...akhirnya aku dpt dan aku ceritakan masalah yg berlaku ketika itu pd kau...berulang kali aku minta maaf pd kau...kau memahaminya dan memaafkan aku...tapi aku tak dpt memaafkan diri aku, MAAF SANGAT-SANGAT!!!
setahun dah berlalu, kita pun dah masuk IPT dan ikut haluan masing-masing...sekali lagi masa itu aku kehilangan nombor kau, aku dah mati akal mcm mana aku xnak lost contact dgn kau, hampir berbulan2 juga aku jejak kau, akhirnya aku cari dlm laman sesawanng, aku jumpa profile kau..aku terasa bahagia sgt-sgt dpt jejak balik...waktu tu igtkan aku nak luahkan perasaan aku kat kau, malangnya kau pun sudah berpunya..tiada apa yg boleh aku lakukan, aku biarkan dan hanya menanyakan khabar gitu saja...aku taknak rosakkan hubungan kau dan si dia...aku sanggup menunggu kau walau lama mcm mana pun sebab aku terlalu sygkan kau...aku dah cuba utk jatuh ati kat org lain tapi ianya tak sama seperti aku jatuh ati kat kau...berbeza sgt-sgt...namun sekarang ni, aku cuba menaikkan semangat aku utk hadapi perkara ni...lenyapkan yang sudah dan bina semangat baru... aku belajar dari kesilapan yg aku dah lakukan...maafkan aku A**A dan sekarang ni aku lebih konfiden dari sebelumnya...take care ya kat sana! <3 Assalam =)
bunga tanjung kembang semalam,
pucuknya penuh berduri,
tau sudah ada yg tak paham,
mohon susun sepuluh jari.
tamat sudah satu derita,
kasih dijunjung kerana membaca
3 comments:
cerita yg sgt menyentuh jiwa smpai leh menitiskn airmata setiap kali membacenyew..
urmmm... :(
haha, saba lah kawan. bunga bkan sekuntum. kita sama sama single. usha harus lebih siket. oke? :)
Post a Comment