Pada suatu hari di dalam kelas,
seorang murid mahu bertanya kepada cikgunya, dan ketika itu cikgunya sedang mengajar topik kasih sayang.
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang yang kita sayang? dan macam mana
juga kasih sayang tu nak berkekalan??
Cikgu : Ok, kamu ikut apa saya suruh...kamu pergi ke padang...
kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput
di depan kamu..pilih yang PALING cantik tanpa menoleh
ke belakang semula walau sekali pun..dah petik rumput
PALING cantik, bawa balik ke kelas...
Pelajar itu pun lakukan apa yang disuruh oleh cikgunya .
Apabila sampai di kelas pelajar itu tidak bawa sehelai rumput pun di tangannya, lalu cikgunya bertanya..
Cikgu : Kenapa tak ada rumput yang dipetik?
Pelajar : Tadi masa saya berjalan memang ada banyak yg cantik
tapi cikgu kata petik yang paling cantik, jadi saya
teruskan berjalan cari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang balik.. tapi sampai ke hujung
padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik...
mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi ada
rumput paling cantik, tapi dah cikgu cakap kat saya
tak boleh toleh belakang semula, jadi tak ada lah rumput
yang saya boleh petik...
Cikgu : Ya..itulah jawapannya...Maknanya bila kita berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita
mencari yg lebih baik dari itu, kita sepatutnya
menghargai orang yang berada di depan kita sebaik -
baiknya...dan jangan kita menoleh ke belakang lagi,
kerana yang berlaku tetap berlaku..semoga yang berlalu
tidak akan berulang lagi...dan ingatlah bahawa orang
yang kita sayang itu lah orang yang paling cantik dan
paling baik sekali walaupun nak diikutkan banyak lagi
yang cantik dan baik macam rumput tadi...
~Tamat sudah~ =)
No comments:
Post a Comment